Skip to content
7 items
Activating this element will cause content on the page to be updated.

PELAJAR KEMBALI KE SSTMI

Pada 28 Jun 2020, Pihak Sekolah telah membenarkan pelajar tingkatan 1 sehingga 4 serta Pra Universiti untuk mengambil barang di asrama. Program ini dirancang dengan teliti bersesuaian dengan situasi PKPP yang berkuatkuasa. Khemah saringan kesihatan telah disediakan di pintu masuk sekolah bagi menyaring suhu para pelajar yang hadir. Para pelajar diiring ke kawasan asrama menggunakan van sekolah untuk mengambil barang peribadi. penjarakkan sosial menjadi tunjang utama setiap kali program seumpama ini dijalankan. Selain itu, sekolah juga telah menetapkan jadual untuk pelajar hadir mengikut negeri masing-masing.

Items